Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

GEMAS, 20 Jun 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain berkesempatan untuk melawat Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajuddin.

Untuk makluman, Ladang Integrasi Tentera Darat menerusi Program Kelestarian Makanan Tentera Darat merupakan usaha Pengurusan Tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi membantu meringankan kos sara hidup warga TD melalui hasil pertanian.Dimasa yang sama, Ladang Integrasi Tentera Darat ini yang merupakan cetusan idea Tan Sri PTD juga dirangka sebagai langkah awal dalam menangani permasalahan krisis makanan yang berkemungkinan dihadapi pada masa hadapan.Justeru, satu pelan tindakan jangkamasa panjang yang komprehensif dirangka bagi menghadapi cabaran sedemikian demi memastikan kelestarian makanan dalam TDM khasnya dan negara amnya sentiasa terjamin.Sesungguhnya usaha sebegini adalah satu inisiatif yang mendokong Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang menjurus kepada sudut ekonomi, sosial dan keselamatan makanan.