Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 23 JUN 2022 - Lebih banyak peluang kerjaya kedua buat para Veteran ATM dalam meningkatkan sosioekonomi keluarga dengan berlangsungnya Majlis Pelancaran Simposium Kerjaya dan Aspirasi Veteran ATM di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras pagi tadi.

Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut ,Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany TLDM merupakan satu agenda pembangunan kepada Veteran ATM sejajar dengan penumpuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran melalui perkongsian ilmu dari kalangan Veteran ATM kepada Veteran ATM (from veteran to veteran).

Usaha ini untuk menonjolkan usahawan Veteran ATM bagi menggambarkan kesungguhan dan iltizam warga Veteran ATM yang ingin berubah memperbaiki ekonomi masing-masing melalui aktiviti keusahawanan.

Veteran ATM digalakkan menceburi bidang keusahawanan yang merupakan satu lagi bidang yang berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan agar mereka turut mendapat impak daripada penganjuran simposium ini.

Selain daripada itu, sokongan daripada rakan strategik turut sama menyertai simposium ini iaitu PERKESO (MyFutureJob), Code 7 Tech Sdn Bhd, Carpedia, Kuala Lumpur Convention Centre dan Shapadu Security bagi membantu Veteran ATM dengan penawaran peluang pekerjaan dan perniagaan masing-masing.