Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

BANDUNG, 23 Jun 2022 - Mesyuarat High Level Committee (HLC) Malaysia Indonesia (MALINDO) kali ke-16 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bandung, Indonesia.

Dalam persidangan pada kali ini telah menyaksikan penglibatan kedua-dua pemimpin tertinggi dari ATM dan TNI yang bertindak selaku Ketua Bersama HLC bagi membincangkan beberapa agenda penting berhubung pelaporan berkenaan Coordinated Operation Control Committee (COCC), Jawatan Kuasa Latihan Bersama (JKLB), Joint Police Cooperation Committee (JPCC), dan Kelompok Kerja/Jawatan Kuasa Kerja Sosio Ekonomi Malaysia - Indonesia (KK/JKK SOSEK MALINDO).

Mesyuarat diakhiri dengan sesi menandatangani minit mesyuarat/risalah sidang oleh kedua-dua pemimpin tersebut yang akan dibawa ke siri perbincangan selanjutnya yang akan dilaksanakan di Malaysia kelak.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau iaitu Jenderal Andika Perkasa sebelum mempengerusikan mesyuarat HLC tersebut secara bersama.

Sejurus selesai persidangan HLC MALINDO tersebut, beliau meneruskan agenda lawatan rasminya dengan membuat lawatan ke PT. Pindad yang merupakan sebuah perusahaan dalam industri pembuatan produk pertahanan yang dimiliki sepenuhnya oleh Negara Republik Indonesia.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri hasil dan kualiti produk pertahanan yang dilakukan oleh syarikat tersebut yang bukan sahaja menyediakan keperluan sistem persenjataan secara mandiri bahkan melakukan kerja penyelenggaraan bagi aset pertahanan demi keamanan Negara Republik Indonesia.

Turut sama mengiringi beliau semasa lawatan tersebut adalah Panglima TNI, Jenderal TNI Andika Perkasa dan Pegawai-pegawai Kanan dari ATM dan TNI yang lain.

Sumber : Angkatan Tentera Malaysia