Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera Ke-56 yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Haji Buang TUDM, panglima-panglima perkhidmatan, para pegawai kanan serta warga ATM yang lain. Pemilihan calon Anggota Lembaga Koperasi (ALK) 2022/2025 turut dilaksanakan secara maya melibatkan jumlah pengundian lebih 30,000 anggota dari seluruh negara. Tahniah diucapkan kepada tiga Anggota Lembaga Koperasi 2022/2025 yang telah berjaya mendapat undian tertinggi. Pelaksanaan aktiviti seperti ini adalah selari dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28, “Keutuhan Organisasi” yang menekankan aspek pembudayaan integriti dan nilai etika warga TDM.

Sumber : Tentera Darat Malaysia