Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2022 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan UNIRAZAK telah diadakan bagi membantu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Veteran ATM.

Pemeteraian ini secara rasminya akan melebarkan lagi jaringan kerjasama dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Veteran ATM melibatkan seramai 250 anak-anak lepasan SPM untuk ditawarkan mengikuti Program Pengajian Asasi Sastera secara percuma pada setiap tahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz telah menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan UNIRAZAK bertempat di Wisma UNIRAZAK sebentar tadi.

Inisiatif ini dilihat mampu membantu anak-anak veteran ATM khususnya bagi yang kurang berkemampuan terutamanya anak-anak Asnaf Veteran ATM dan secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang pendidikan ditahap yang lebih tinggi sekaligus meningkatkan sosio ekonomi veteran ATM.

Secara tidak langsung, dengan peningkatan taraf pendidikan juga dilihat mampu memberi peluang pekerjaan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih sempurna pada masa hadapan.