Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KOTA KINABALU, 28 Mei 2022 - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan eksesais bilateral bersama Tentera Laut India yang dikenali sebagai Eksesais SAMUDRA LAKSAMANA.

Eksesais yang dilaksanakan secara lapangan atau Field Training Exercise ini telah berlangsung pada 25 sehingga 28 Mei 22 melibatkan INS SATPURA dan dua buah kapal TLDM iaitu KD PERAK dan KD BADIK.

Majlis Pembukaan Eksesais ini telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Timur iaitu Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said dan disaksikan oleh Pegawai Kanan, Pegawai Memerintah, serta warga Tentera Laut Diraja Malaysia yang terlibat.

Pelbagai pengisian dalam fasa pelabuhan merangkumi perbincangan operasi, sukan persahabatan, Perkongsian Subject Matter Expert (SME), majlis resepsi di kapal dan taklimat pra-pelayaran selesai dilaksanakan seperti dirancang.

Seterusnya, kapal-kapal ini telah menjalani latihan fasa laut di sekitar perairan Laut Cina Selatan seawal pagi tadi. Antara siri latihan utama yang telah dilaksanakan adalah siri manuvra taktis serta pendaratan helikopter di kapal.

Pelaksanaan eksesais bilateral di antara TLDM dan TLI ini berjaya dilaksanakan dengan kesefahaman prosedur operasi maritim bersama.

Dengan penganjuran eksesais seperti ini juga, ia turut dapat mengukuhkan lagi hubungan diplomasi pertahanan di antara Malaysia dan India.

Sumber : Markas Pemerintahan Armada Timur