Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

TELUK SEPANGGAR, 27 Mei 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah turun padang meninjau kawasan bagi cadangan pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang baharu untuk warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada hari ini.

Pertambahan warga TLDM di PTKK menyebabkan rumah kediaman anggota menjadi terhad dan perkara berkenaan merupakan keutamaan bagi Kementerian Pertahanan dalam memastikan setiap warga TLDM yang berkhidmat di sana mempunyai kediaman yang selesa untuk keluarga mereka.

Projek RKAT baharu yang dirancang untuk dibina di sini terdiri daripada 7 buah blok bangunan dan mempunyai 1036 buah unit rumah pelbagai kelas serta mempunyai kemudahan seperti surau, taska, dewan pelbagai guna termasuklah kemudahan rekreasi seperti gimnasium, trek jogging, padang futsal dan taman permainan.

Sumber : Angkatan Tentera Malaysia