Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022
KUALA LUMPUR, 26 Mei 2022 - Bersempena mesyuarat General Border Committee (GBC) ke-55 antara Malaysia dan Thailand, Timbalan Perdana Menteri TYT Jeneral Prawit Wongsuwon telah hadir ke Kementerian Pertahanan Malaysia untuk membuat kunjungan ke atas Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, hari ini.
 
Ketibaan beliau di Kementerian Pertahanan telah disambut mesra oleh barisan pucuk pimpinan tertinggi MINDEF dan ATM sebelum mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).
 
Pertemuan dua hala ini adalah bertujuan untuk mebincangkan mengenai pengukuhan kerjasama pertahanan antara Malaysia-Thailand terutama khususnya dalam konteks keselamatan sempadan.
 
Turut serta dalam mengiringi Menteri Kanan Pertahanan semasa kunjungan tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama pegawai-pegawai Kanan ATM dan MINDEF yang lain.
 
Sumber : Angkatan Tentera Malaysia