Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand, TYT Jeneral Prawit Wongsuwon mewakili Perdana Menteri Thailand yang juga merupakan Menteri Pertahanan Thailand, TYT Jeneral Prayut Chan-o-cha telah mempengerusikan Mesyuarat General Border Committee (GBC) ke-55 di Hotel Intercontinental.

Mesyuarat ini dilaksanakan bagi mengeratkan kerjasama demi keamanan, keselamatan dan kestabilan kawasan sempadan Malaysia dan Thailand melalui penyelesaian bersama disamping membangunkan dan mempromosikan hal-hal melibatkan kepentingan bersama antara kedua-dua Negara tersebut.

Sebelum mesyuarat ini diadakan, telah berlangsungnya tabik hormat dan Kawalan Kehormat Utama (KKU) oleh Batalion Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) bagi menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri Thailand dan delegasi di Wisma Pertahanan pagi tadi.

Turut sama, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Angkatan Tentera Diraja Thailand, General Chalermphon Srisawasdi.