Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Seroja dan Padang Kawad Kem Kementah.

Ianya bagi meraikan warga Kementerian Pertahanan dan ATM serta memberi peluang kepada warga untuk bersua dan beramah mesra bersama YB Menteri Kanan Pertahanan dan seluruh barisan kepimpinan Kementerian dan ATM.

Dalam pada masa yang sama, seramai 118 orang telah menerima sumbangan daripada pihak Kementerian Pertahanan yang disampaikan sendiri oleh YB Menteri Kanan Pertahanan dan isteri, YM Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

Penerima sumbangan terdiri daripada Puspanita cawangan Kementerian Pertahanan, Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), ATM, JHEV serta Pusat Tahfiz Maahad Al-Quran Misbahul Falah, Taman Keramat.

Selain daripada itu, majlis ini turut meraikan Atlet ATM dan UPNM yang telah bertanding di Temasya Sukan Sea Ke-31 serta berjaya membawa pulang pingat dan membanggakan Negara dan perkhidmatan ATM khasnya.

Hadir bersama, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz dan isteri, Ketua Setiausaha, YBhg Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan isteri, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri, barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM serta wakil Duta-Duta Negara luar.