Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KEDAH, 22 Mei 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menyaksikan pelaksanaan Eksesais TAMING SARI Siri 21 tahun 2022 serta eksesais penembakan misil EXOCET MM40 bertempat di Langkawi.

Eksesais ini melibatkan 1,250 warga TLDM, TUDM dan APMM. Turut digerakkan 10 buah kapal, 5 buah Fast Combat Boat (FCB), 3 pesawat TLDM, 3 pesawat TUDM dan 2 pesawat APMM sepanjang ianya berlangsung.

Kejayaan penembakan ini turut membuktikan bahawa ATM sentiasa menyelenggara baik peralatan serta senjata sedia ada, termasuklah sistem misil milik TLDM.

Turut hadir bersama, Timbalan Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Panglima- Panglima Perkhidmatan.