Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama warga Tentera Darat Malaysia di Sungai Besi.

Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan penyerahan duit raya kepada anak—anak warga Tentera Darat Malaysia yang hadir serta disusuli dengan penyampaian hadiah kepada pemenang rumah tercantik.

Turut hadir bersama, Timbalan Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.