Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PUTRAJAYA, 21 Mei 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Persatuan Veteran ATM ke 100 tahun di Dataran Pahlawan Negara.

Seramai 850 orang veteran ATM telah hadir untuk menyertai perbarisan terdiri daripada pelbagai perkhidmatan turut sama mengambil tempat dalam upacara ini.

Majlis ini turut dihadiri Presiden Veconac Veteran ASEAN dari lapan buah negara iaitu Indonesia, Brunei, Kemboja, Vietnam, Thailand, Myanmar, Singapore dan Filipina.

Pada masa yang sama, Menteri Kanan Pertahanan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Veteran ATM atas keringat dan jasa yang diberikan dengan sepenuh komitmen sepanjang berkhidmat.

Hadir bersama, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang.