Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KEMBOJA, 18 Mei 2022 - YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) dan ADSOM-Plus pada 16 hingga 18 Mei 2022 di Phnom Penh, Kemboja.

Mesyuarat ADSOM yang melibatkan kesemua negara anggota ASEAN telah membincangkan perkembangan inisiatif-inisiatif kerjasama pertahanan baharu dan sedia ada dalam ASEAN serta isu-isu pertahanan serantau.