Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan isteri YM Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah telah menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri ATM 2022 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

YB Menteri Kanan dan isteri turut diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang dan Isteri YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dengan persembahan pencak silat semasa ketibaan mereka diikuti dengan sesi beramah mesra bersama warga ATM.

Selain daripada itu, turut disampaikan sumbangan hari raya kepada anggota yang tercedera semasa melakukan tugas.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta kepimpinan tertinggi MINDEF.