Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

JITRA, 13 Mei 2022 - Lt Kol Shah Rizal bin Chan Shah, Pegawai Memerintah 6 RAMD bersama Puan Norliza binti Mohamad Ali selaku Pengerusi BAKAT 6 RAMD telah mengadakan lawatan kebajikan terhadap balu kepada Allahyarham 1167158 Kpl Ibrahim bin Saad yang telah meninggal dunia akibat menghidap kanser buah pinggang tahap 4.

Melalui kunjungan ringkas ini, Pegawai Memerintah, turut menyampaikan cek Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia dari Koperasi Tentera kepada balu dan ibu Allahyarham.

Lawatan turut diiringi oleh Ketua Kompeni, Pegawai Rekod dan SMR Pasukan.

Lawatan kebajikan ini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga di dalam memperlengkapkan keperluan kebajikan, kesejahteraan warga dan keluarga.

Diharapkan dengan penyerahan cek skim takaful tersebut dapat meringankan beban waris dan ahli keluarga Allahyarham anggota tersebut.

Sumber : 6 RAMD,SRIKANDI MAROON, BRANEE MATEE