Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PULAU PINANG, 10 Mei 2022 - Acara Menembak Pistol Pegawai Kanan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) Zon 2 Divisyen bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfotri Warga PMBTD Zon 2 Divisyen bersama PTD telah diadakan di Eagle Eye 25M Shooting Range, Kem Tun Razak, Bayan Lepas berlangsung petang semalam.

Ketibaan Tan Sri PTD di Eagle Eye 25M Shooting Range telah disambut oleh Komander Artileri Divisyen, 2 Divisyen, Kolonel Mohd Tarmizi bin Haji Basri.

Acara tersebut dimulakan dengan taklimat keselamatan dan seterusnya demo praktis menembak oleh wakil pegawai 2 Divisyen.

Acara menembak ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menembak pistol di samping memupuk semangat berpasukan di kalangan para penembak dan beramah mesra bersama Tan Sri PTD.

Acara menembak ini dimulakan dengan Latihan Menembak Pelarasan, Centre Fire dan Rapid Fire.

Pertandingan Menembak Jatuh Piring telah menjadi acara penutup bagi keseluruhan acara pada petang ini.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Hj Abdul Aziz bin Samsi @ Hj Shamsudin serta para Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah pasukan-pasukan di bawah naungan 2 Divisyen.

Sesungguhnya acara sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan kompetensi warga dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam bidang ketenteraan dan bidang professional.

Sumber : Tentera Darat Malaysia