Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

TAWAU, 3 Mei 2022 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga The Navy People Tawau bersama Panglima Tentera Laut telah dilaksanakan dengan suasana meriah melibatkan semua warga KD SRI TAWAU dan PSTL Tawau yang bertugas semasa cuti perayaan ini bersama ahli keluarga yang tercinta.

Turut mengiringi kehadiran Panglima Tentera Laut di dalam majlis tersebut ialah Panglima Armada Timur, Panglima Wilayah Laut 2, Panglima Pasukan Khas dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Laut.

Majlis telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan beg raya oleh Panglima Tentera Laut kepada semua awasan bertugas.

Panglima Tentera Laut dan hadirin telah diraikan dengan persembahan lagu hari raya oleh warga KD SRI TAWAU yang bertugas.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak warga KD SRI TAWAU dan PSTL Tawau.

Sesungguhnya kehadiran Panglima Tentera Laut serta delegasi menyambut hari raya bersama warga menunjukkan keperihatinan Pengurusan Tertinggi TLDM dalam menjaga kebajikan anggota yang bertugas di musim perayaan.