Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SANDAKAN, 3 MEI 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan operasi dan menyempurnakan penyerahan beg Bingkisan Raya kepada anggota yang bertugas di perbatasan bertempat di Kem Pulau Berhala pada hari ini.

Aspek keselamatan dan kesiagaan TDM sentiasa diberikan perhatian dan diutamakan oleh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) pada sebilang masa dalam melaksanakan tugas utama mempertahankan kedaulatan negara.

Untuk makluman, aturgerak semasa operasi TDM pada bulan Syawal tahun ini melibatkan seramai 4,843 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diaturgerak dan bertugas di sektor-sektor operasi TDM di dalam dan luar negara.

Tan Sri PTD telah menzahirkan lawatan di perbatasan dengan sesi perjumpaan bersama anggota yang sedang beroperasi di Markas Taktikal Batalion Pertama Rejimen Sempadan (MK Tak 1 RS), Kem Pulau Berhala.

Tan Sri PTD turut menyempurnakan penyampaian beg Bingkisan Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai dan anggota LLP yang sedang bertugas.

Warga TDM mengucapkan selamat bertugas kepada para pegawai dan anggota LLP yang sedang melaksanakan penugasan di perbatasan negara demi menjaga kedaulatan negara tercinta.

Lawatan sebegini adalah seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan dan peningkatan moral warganya.

Sumber : Tentera Darat Malaysia