Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

LAHAD DATU, 3 MEI 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan operasi di kawasan perbatasan di negeri Sabah dan pos ketiga yang dilawati oleh Tan Sri PTD di Kem JPG Lahad Datu.

Tan Sri PTD telah menzahirkan lawatan di perbatasan dengan sesi perjumpaan bersama anggota operasi di Markas Taktikal Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (MK Tak 16 RAMD), Kem JPG Lahad Datu. Tan Sri PTD turut menyempurnakan penyampaian beg Bingkisan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota-anggota yang bertugas.

Tujuan lawatan sebegini adalah pemangkin kesejahteraan kepada warga Tentera Darat Malaysia (TDM) khususnya kepada anggota yang sedang bertugas yang berada jauh daripada keluarga. Tan Sri PTD amat mementingkan penumpuan kesejahteraan dan kebajikan warga TDM bagi meningkatkan moral serta semangat para pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Lawatan sebegini seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan dan peningkatan moral warganya.

Kredit : Tentera Darat Malaysia