Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM), YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah meluangkan masa menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Khalid Ibni AL-Walid KEMENTAH.

Ketibaan PAT dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah disambut oleh Panglima-panglima Perkhidmatan, Ketua Pengarah KAGAT dan Pegawai Kanan ATM serta Pengerusi BAKAT Perkhidmatan.

Usai solat sunat Aidilfitri, PAT turut meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah yang hadir.

Kredit : Angkatan Tentera Malaysia