Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

MARAKAH, 1 Mei 2022 – MALBATT 850-9 buat kali pertama mengakhiri hari ke-30 Ramadan 1443H dengan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Jun Sang UNP 2-1, Kem Marakah.

Majlis Berbuka Puasa ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz; Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato' Indera Hj Yazid bin Hj Arshad; Panglima Angkatan Bersama Brunei, Brig Jen Haji Alirupendi bin Haji Perudin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) YBrs. Kol (Kehormat) Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan PSSTUDM serta para delegasi.

Ketibaan Timbalan YB Menteri Kanan Pertahanan bersama delegasi di Rafic Hariri International Airport, Beirut, Lubnan telah disambut oleh Komander MALBATT 850-9, Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin serta pegawai kanan MALBATT 850-9.

Selesai Majlis Berbuka Puasa, para hadirin telah melaugkan Takbir Raya di Masjid Kawkaba dan seterusnya turut serta dalam Program Memasak Malam Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Nadi Taming Sari. Walaupun bukannya berada di Malaysia, namun hidangan juadah seperti lemang, ketupat, kuah kacang yang merupakan juadah wajib tetap dihidangkan. Sekurang-kurang warga MALBATT dapat mengubati rasa kerinduan untuk menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing.

Majlis ini bertepatan dengan Tonggak Keempat Komander MALBATT 850-9 iaitu ‘Profesional and Effective Soldier’ perlu dibudayakan supaya iainya tersemat rapi dalam diri seluruh warga harimau biru dalam masa yang sama, tahap profesional warga harimau biru boleh diukur dengan adanya keseimbangan dalam tugasan harian, latihan, aktiviti riadah mahupun kerohanian.

Kredit : MyJointForce