Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

FORT BONIFACIO, 28 April 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain melaksanakan kunjungan hormat kepada Commanding General of the Philippine Army, Lieutenant General Romeo S Brawner Jr di Headquarters of the Philippine Army.

Kunjungan ini bertujuan merakamkan penghargaan di atas jemputan menghadiri pameran antarabangsa 4th Asian Defense And Security (ADAS) 2022 Exhibition and Conference yang berlangsung di World Trade Center (WTC), Metro Manila, Filipina bermula pada 27 sehingga 29 April 2022.

Sesi kunjungan hormat tersebut turut membincangkan aspek kerjasama dua hala dalam bidang latihan sebagai mengukuhkan jalinan erat hubungan pertahanan ketenteraan antara dua negara.

Seusai kunjungan hormat, Tan Sri PTD dan Commanding General of the Philippine Army telah menandatangani Terms of Reference (TOR) bagi memeterai pengukuhan hubungan pertahanan ketenteraan antara Malaysia dan Filipina bertempat di Conference Room, Headquarters of the Philippine Army.

Hari ini turut menjadi sejarah buat Tentera Darat Malaysia (TDM), apabila Commanding General of the Philippine Army telah menyampaikan penghormatan beliau kepada Tan Sri PTD dengan penganugerahan COMBAT COMMANDER’S (KAGITINGAN) Level of Unified Commander (Honorary) bagi pihak the Philipine Army di atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Tan Sri PTD semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Misi Tim Pemantau Mindanao (TPM-11).

Sesungguhnya acara sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Pengukuhan Hubungan Pertahanan" dimana ia menumpukan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Warga TDM menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri PTD di atas penganugerahan oleh the Philipine Army.

Kredit : Tentera Darat Malaysia