Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 27 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah mengadakan mesyuarat dua hala secara hibrid bersama TYT Suh Wook, Menteri Pertahanan Nasional Republik Korea serta menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Malaysia dan Republik Korea.

Mesyuarat dua hala ini membincangkan mengenai kerjasama pelbagai hala khususnya berkenaan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) serta turut menyentuh tentang ancaman keselamatan dalam domain keselamatan siber.

Selain itu, Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai ini akan menjadi instrumen perundangan dalam mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara tersebut. Ianya dapat dilihat melalui persetujuan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja antara Kementerian Pertahanan yang akan menerajui pelaksanaan MoU. Usaha ini sekaligus sejajar dengan matlamat Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang dirangka oleh MINDEF.