Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

MANILA, 27 April 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain bersama para delegasi Tentera Darat Malaysia menghadiri Majlis Cocktail dan Makan Malam yang dihoskan oleh Commanding General of the Philippine Army, Lieutenant General Romeo S Brawner Junior bertempat di Diamond Hotel.

Dalam majlis yang diadakan ini,Commanding General Of the Philippine Army merakamkan penghargaan kepada semua delegasi Tentera Darat, dif-dif jemputan dan para delegasi daripada negara-negara Asia kerana menyertai Pameran Antarabangsa 4th Asian Defense And Security (ADAS) 2022 Exhibition and Conference yang berlangsung di World Trade Center (WTC), Metro Manila, Filipina bermula pada 27 sehingga 29 April 2022 pada kali ini.

Antara objektif majlis ini adalah untuk beramah mesra disamping mengeratkan hubungan antara rakan sejawat yang hadir dengan memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama melalui bilateral ketenteraan. Majlis ini secara tidak langsung sebagai platform untuk merapatkan lagi jalinan diplomasi pertahanan antara negara.

Sesungguhnya acara sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Pengukuhan Hubungan Pertahanan" dimana ia menumpukan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa.