Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 25 April 2022 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah merasmikan Program Karnival Jualan Aidilfitri Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) “Raya for Ya” di Foyer Wisma Pertahanan.

Karnival ini adalah sebahagian daripada inisiatif PERNAMA khususnya bagi warga ATM dan MINDEF yang berlangsung selama 5 hari bermula 25 April sehingga 29 April 2022 dengan menjual kelengkapan seperti pakaian dan keperluan aidilfitri pada harga yang berpatutan.