Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KEDAH, 22 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1000 orang warga TDM berlangsung di Padang Kawad Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) Mekanize.

Antara pengisian majlis ini ialah penyampaian sumbangan kepada 38 orang anak-anak yatim dan 4 orang guru dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim, Daerah Kuala Muda, Sungai Petani. Keperluan asas dan peralatan sekolah juga telah disumbangkan kepada rumah anak yatim tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Menteri Kanan Pertahanan turut menyampaikan Mock Up Cheque bernilai RM10,000 daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada Pengurusan Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang.

Selain itu, majlis diteruskan lagi dengan sesi sidang video bersama anggota TDM yang sedang melaksanakan operasi di lima penempatan iaitu MK Tak Balai Ringin 3 Bgd, Sarawak; MK Tak Pos Renap 8 Bgd, Kelantan; MK Tak Gubir 6 Bgd, Kedah; MK Tak Keningau 5 Bgd, Sabah; dan Kem Sri Banding 2 Bgd, Perak.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi Buang TUDM, Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain dan kepimpinan tertinggi ATM.