Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PERAK, 20 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah meluangkan masa berbuka puasa bersama 157 anak kapal KD MAHAWANGSA di Perairan Pulau Pangkor.

Acara berbuka puasa ini diserikan lagi dengan laungan takbir raya yang disertai oleh anak kapal KD Mahawangsa di Geladak Penerbangan KD MAHAWANGSA.

Seterusnya, acara diakhiri dengan Majlis Ramah Mesra dan Moreh bersama 700 warga Pangkalan TLDM Lumut yang bertempat di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM, Lumut.

Antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis berlangsung ialah Pertunjukan kawad senyap, lawatan YB Menteri Kanan ke beberapa zon TLDM dan PROTELA.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Seri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM serta kepimpinan tertinggi MINDEF dan ATM.