Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 13 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 bertempat di Hotel Intercontinental.

Bertemakan “Memperkasa Legasi Keluarga, Perkhidmatan Awam Cemerlang" APC pada hari ini memperlihatkan seramai 291 penerima Anugerah Kecemerlangan dari warga awam, 45 penerima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 41 pesara wajib menerima Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang dan 4 pesara pilihan diberi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2021.

Dalam sesi pertama, penerima anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abd Aziz. Manakala bagi sesi kedua disampaikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein. Selain itu, bantuan zakat wakalah asnaf turut disampaikan kepada 150 warga awam Kementerian Pertahanan Malaysia.

Anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada semua penerima serta pembangkit semangat kepada rakan-rakan sekerja yang lain untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, jujur, berdedikasi, ikhlas, amanah dan sentiasa mendukung nilai-nilai murni dan profesionalisme.

Turut hadir bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM serta kepimpinan tertinggi ATM dan MINDEF.