Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 14 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Auditorium MINDEF.

Pada tahun ini, sebanyak 77 agensi yang terdiri daripada badan korporat, badan-badan berkanun, syarikat–syarikat swasta dan persatuan–persatuan sukarela telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada para anggota ATM khususnya yang bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidifitri nanti.
 
Bagi menghargai sumbangan yang diberikan, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyampaikan sijil penghargaan dan cendermata kepada para penyumbang.

Sebanyak 15,000 Beg Hari Raya akan diagihkan kepada anggota di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan luar negara di bawah misi Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta di Mindanao, Selatan Filipina di bawah International Monitoring Team (IMT) yang bertugas pada tahun ini.
 
Pada masa yang sama, Menteri Kanan Pertahanan turut mengumumkan beberapa inisiatif baharu dalam menjaga kebajikan ATM iaitu:

-Pengeluaran haji dan pengeluaran pendidikan oleh LTAT
-Bayaran Persinggahan Pelabuhan Luar Negara dinaikkan daripada RM20 kepada RM50 sehari
-Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) dipanjangkan kepada anggota ATM
-Penambahbaikan aspek pendidikan anak-anak anggota ATM
 
Turut hadir bersama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM serta kepimpinan tertinggi ATM dan MINDEF.