Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 7 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein menyempurnakan Majlis Pengagihan Bubur Lambuk sempena Ihya Ramadhan di Wisma Pertahanan sebentar tadi.

Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada warga Kementerian Pertahanan dan ATM. Pengagihan bubur lambuk merupakan salah satu acara tahunan MINDEF di bulan ramadhan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.