Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 2 April 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz telah menyaksikan Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) tahun 2021 di Padang Kawad MTD, Kem Perdana Sungai Besi yang telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM.

Perbarisan ini melibatkan keseluruhan seramai 480 Putera MTD yang terdiri daripada 223 Putera Tingkatan 5 dan 257 Putera Tingkatan 4.

Berpegang dengan cogan kata ’BERKHIDMAT MEMIMPIN’ atau SERVE TO LEAD, MTD akan terus memainkan peranannya dalam melahirkan bakal pemimpin ulung di Malaysia meliputi pelbagai bidang dan sektor.

Selain itu, dalam pada masa yang sama pelbagai fasiliti bakal dinaik taraf di MTD meliputi pengubahsuaian dan pembinaan blok tambahan serta kompleks logistik. Ianya juga bakal dilengkapi dengan fasiliti Sirkit Merentas Halangan serta Menara Abseiling dan Flying Fox yang baharu.

Turut hadir sempena perbarisan ini Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose Bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia , Laksamana Tan Sri Mohd Reza Bin Mohd Sany serta pegawai kanan Kementerian Pertahanan.