Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Hishammuddin Hussein bersama Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, YB Datuk Jonathan bin Yasin telah merasmikan Majlis Penghargaan dan Pengumuman DSA & NATSEC Asia 2024.

DSA & NATSEC Asia 2022 yang akan melabuhkan tirainya hari ini telah diiktiraf di peringkat global sebagai salah satu daripada lima pameran pertahanan dan keselamatan negara terbaik di dunia.

Penganjuran yang berlangsung selama empat hari ini merupakan acara antarabangsa pertama dan terbesar sejak pendemik COVID-19 melanda negara.Dengan menyaksikan pemeteraian kontrak, Memorandum Persefahaman, Surat Perjanjian, Surat Niat dan perjanjian usaha sama bernilai lebih RM6 bilion, ia sekaligus telah dapat mengukuhkan lagi kerjasama serantau dan dua hala antara negara-negara ASEAN dan industri pertahanan dan keselamatan negara secara global.

Selain itu, telah dibuktikan bahawa penganjuran pameran ini telah menerima maklum balas yang positif daripada delegasi VIP dan VVIP serta lebih 1000 syarikat yang telah menyertai pameran antarabangsa ini.

Di akhir perasmian, YB Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan bahawa DSA dan NATSEC Asia 2024 dijadualkan akan diadakan dari 6 hingga 9 Mei 2024.

Turut serta, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan.