Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein menyaksikan pemeteraian kontrak dan Memorandum Persefahaman antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Pemain Industri Pertahanan.

Sebanyak 54 tanda tangan diturunkan oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz bernilai RM4.6 billion untuk Kementerian Pertahanan Malaysia yang telah berjaya dicapai sepanjang tiga hari penganjuran DSA dan NATSEC Asia 2022.

Kementerian Pertahanan bersama Angkatan Tentera Malaysia komited dalam memastikan keselamatan dan pertahanan negara berada di tahap optimum walaupun dalam keadaan yang mencabar akibat pandemik Covid-19.

Dapat dilihat Memorandum Persefahaman ini sebagai simbol dalam mewujudkan ikatan yang kukuh di antara MINDEF dan ATM sekaligus meraikan kejayaan penganjuran DSA dan NATSEC Asia 2022.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta kepimpinan tertinggi MINDEF.