Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM telah berkongsi idea sebagai ahli panel bagi sesi kedua Forum Putrajaya 2022 atas peranan ATM membawa tanggungjawab tugas sekunder dari aspek kerjasama tentera membantu pihak berkuasa awam dan rakyat (CIMIC).

Melalui perkongsian tajuk '๐—˜๐˜ƒ๐—ผ๐—น๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ผ๐—ณ ๐—–๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—น-๐— ๐—ถ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐˜† ๐—–๐—ผ๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป: ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ผ ๐—ก๐—ฒ๐˜„ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฐ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐˜๐˜† ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ฒ๐˜€', Panglima Angkatan Tentera telah berkongsi bagaimana kejayaan ATM dan negara menggunakan pendekatan CIMIC mengaplikasikan konsep Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) semasa era insurgensi melawan komunis di samping pelaksanaan CIMIC di misi-misi pengaman antarabangsa serta aspek bantuan kemanusiaan untuk negara luar yang menghadapi bencana.

Perkongsian idea ini juga sebagai menjawab kepada persoalan ketiadaan piawaian sejagat untuk membezakan peranan tentera dan orang awam dalam tadbir urus sesebuah negara yang memerlukan satu pendekatan terbaik terutama pelaksanaan melibatkan operasi multinasional.

Selain Panglima Angkatan Tentera, Chief of South Africa National Defence Force, General Rudzani Maphwanya dan Timbalan Naib Chancellor HELP universiti, Prof Dato' Dr Zakaria Hj Ahmad turut sama menjadi panel dalam sesi kedua ini.

Kredit: ATM