Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein merasmikan booth Kementerian Pertahanan sebentar tadi.

Ini merupakan julung kalinya Kementerian Pertahanan mempunyai booth sepanjang menjadi sekretariat induk bagi Pameran DSA. Sasaran utama booth Kementerian pada kali ini adalah untuk mempromosikan portal MIDES, yang bakal menjadi one-stop-hub bagi direktori produk dan perkhidmatan pertahanan tempatan serta hal berkaitan kaedah untuk melabur dalam sektor ini.

Selain itu, booth yang berkonsepkan informasi digital ini turut menyediakan platform ‘Pocket Talk’ dalam berkongsi idea serta pendapat tentang industri pertahanan dan keselamatan.

YB Menteri Kanan turut melawat booth #DSANATSECASIA2022 di sekitar MITEC bagi memberi sokongan kepada pempamer tempatan dan antarabangsa.