Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein telah menyampaikan Ucap Tama sempena Forum Putrajaya 2022 anjuran Malaysia Institute of Defence and Security (MiDAS).

Dalam Ucap Tama tersebut, beliau telah menegaskan bahawa meskipun berkhidmat dalam bidang pertahanan dan keselamatan, mengawal situasi berisiko tinggi juga merupakan satu tanggungjawab utama yang seharusnya diberi perhatian agar tidak terdedah kepada risiko yang akan menjejaskan keamaman serta kestabilan rantau ini.

Forum Putrajaya merupakan salah satu persidangan yang menjadi agenda penting sepanjang penganjuran Defence Service Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC) 2022 setiap kali ianya diadakan.

Ia merupakan salah satu platform penting bagi membincangkan perihal keselamatan dan pertahanan antara negara-negara terlibat dalam menjalinkan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak.

Sesi pertama bagi Forum Putrajaya 2022 ini membincangkan tajuk “Broadening Security Cooperation in the Asia Pacific: Prospects and Possibilities”. Sebagai menghargai dua rakan sejawat, YB Menteri Kanan Pertahanan turut serta dalam sesi ini dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh peserta forum.

Selain daripada YB Menteri Kanan Pertahanan, speaker sesi pertama ini turut terdiri daripada Menteri Pertahanan Singapura, TYT Dr Ng Eng Hen; dan Setiausaha Pertahanan Negara Filipina, TYT Delfin Negrillo Lorenzana. Manakala moderator bagi sesi ini ialah Cik Cynthia Ng.