Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli meluangkan masa hadir dan melawat ke booth pameran sempena Defence Service Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC) 2022.

Baginda turut merasmikan RENTAKA 4X4 di booth MILDEF. Sebelum mengakhiri lawatan, Baginda turut berkenan menerima cenderahati daripada pihak Defence Service Asia (DSA).

Turut mengiringi, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta pegawai-pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan.