Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mempengerusikan “Trilateral Ministerial Meeting” yang dihadiri oleh TYT Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia dan TYT Delfin N. Lorenzana, Menteri Pertahanan Republik Filipina.

Hubungan baik antara ketiga-tiga negara ini serta komitmen yang diberi telah membuka ruang untuk meneliti kemajuan hubungan tiga hala. Selain itu, berpeluang membincangkan isu-isu yang signifikan di bawah platfom Trilateral Cooperative Arrangement (TCA).

Ketiga-tiga pemimpin tersebut turut menzahirkan penghargaan di atas dedikasi pihak tentera yang telah bekerjasama dalam melindungi keselamatan kawasan perairan dengan persekitaran yang mencabar akibat pandemik COVID-19.