Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Hishammuddin Hussein mengadakan Perbincangan Dua Hala dengan Menteri Pertahanan Indonesia, TYT Probowo Subianto sempena pameran Defence Service Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC) 2022 bertempat di MITEC, Kuala Lumpur.

Pertemuan tersebut telah mengukuhkan lagi persefahaman antara kedua negara terutama dalam konteks pertahanan.

Dalam pertemuan tersebut turut membincangkan mengenai usahasama antara ATM dan TNI dalam mengukuhkan lagi kawalan sempadan serta latihan bersama antara mereka.

Turut serta dalam pertemuan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan.