Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin telah menyempurnakan “Gracing Ceremony" sempena Defence Service Asia (DSA 2022) & National Security Asia (NATSEC 2022).

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM; Panglima-Panglima Perkhidmatan; delegasi-delegasi antarabangsa serta kepimpinan tertinggi MINDEF.
 
#DSANATSEC2022 dijangka akan dihadiri seramai 25,000 pengunjung dari 45 buah negara serta dianjurkan secara hibrid pada 28 hingga 31 Mac 2022 di MITEC, Kuala Lumpur.