Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin telah merasmikan penganjuran #DSANATSEC2022 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebentar tadi.

YB Menteri Kanan pertahanan dalam ucapannya, mengalu-alukan kedatangan delegasi-delegasi antarabangsa serta pempamer dari dalam dan luar negara yang menyertai DSA dan NATSEC Asia 2022.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, delegasi-delegasi antarabangsa serta kepimpinan tertinggi MINDEF.

#DSANATSEC2022 dijangka akan dihadiri seramai 25,000 pengunjung dari 45 buah negara serta dianjurkan secara hibrid pada 28 hingga 31 Mac 2022 di MITEC, Kuala Lumpur.