Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose Mohd Zain, dan Tan Sri Asmat Bin Kamaludin, Pengerusi DSA telah bersiaran dalam program Ruang Bicara Bernama TV membincangkan tentang pameran DSA & NATSEC Asia 2022 yang bakal berlangsung pada 28 Mac hingga 31 Mac 2022.

Wawancara yang bertemakan “Ke Arah Era Baharu Pertahanan Dan Keselamatan” membincangkan bahawa pameran ini berpotensi meningkatkan industri pertahanan dan perkhidmatan melalui perkongsian maklumat, kemajuan pertahanan dan keselamatan teknologi global.

Selain itu, dapat dilihat pameran ini mampu mengeratkan hubungan dagangan di antara Malaysia dengan negara luar. Secara tidak langsung sebagai satu platform dalam mengukuhkan hubungan pertahanan serantau dan antarabangsa.