Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM, bersama Pengerusi DSA, Tan Sri Asmat Bin Kamaludin telah bersiaran dalam program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 bagi membincangkan pameran DSA & NATSEC Asia 2022 yang bakal berlangsung pada 28 Mac hingga 31 Mac 2022.

Antara intipati wawancara ini, bertemakan “Ke Arah Era Baharu Pertahanan Dan Keselamatan”, pameran pada kali ini akan mengetengahkan teknologi terkini industri pertahanan dan keselamatan dengan memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk mempamerkan keupayaan produk di peringkat antarabangsa.

Dengan lebih banyak pendedahan untuk pemain industri pertahanan dan keselamatan mampu mengangkat nama Malaysia di peringkat global.