Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz melancarkan Sistem Telefoni Digital Bersepadu di Ibu Sawat Telefon, Kementah.

Sistem yang dibangunkan dengan kerjasama Telekom Malaysia ini akan melalui 4 fasa bermula Jun 2021 sehingga Disember 2023 serta menggantikan 153 buah ibu sawat daripada sistem analog kepada sistem digital meliputi aspek kombinasi teknologi dan komunikasi.

Projek ini juga dilihat telah meningkatkan infrastruktur serta kemudahan tempat kerja yang lebih kondusif bagi Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian Pertahanan

Dapat dilihat bahawa pelancaran Sistem Telefoni Digital Bersepadu ATM ini merupakan pencapaian milestone dalam pembangunan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan sebagai organisasi peneraju di dalam domain siber dan elektromagnetik Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Bin Hj Yadi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Dr Shahrazat binti Hj Ahmad , Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, Ts (Teknologis Profesional) Ir (Ingeniuer) Azizi Bin A Hadi, dan Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM, Laksamana Muda Dato' Shamsuddin Hj Ludin.