Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2022 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Mej Ahmad Zaky bin Mohd Hairy TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.

Beliau telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel TUDM mulai 19 Jan 22 dan memegang jawatan sebagai Pegawai Staf 1 Network Security Monitoring Centre (NESMO) di Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), Markas ATM.

Tahniah diucapkan kepada Lt Kol Ahmad Zaky bin Mohd Hairy TUDM di atas kenaikan pangkat.

Sesungguhnya kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan pucuk pimpinan TUDM di atas dedikasi serta komitmen kerja yang dilaksanakan di samping kepercayaan dan amanah untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.

Semoga terus mengorak langkah berkhidmat demi kecemerlangan TUDM dan ATM.

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia