Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA TERENGGANU, 13 Mac 2022 - Jambatan sementara - Compact Bailey 200 (CB200) yang menghubungkan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kg Jenagor, Hulu Terengganu dijangka siap sepenuhnya pada 14 Mac 2022.

Jambatan yang dipasang sepanjang 30 meter ini bertujuan menggantikan jambatan sedia ada yang telah runtuh pada 27 Februari 2022 disebabkan tanah runtuh akibat hujan yang berterusan selama seminggu.

Pemasangan jambatan ini amat penting bagi menghubungkan laluan keluar masuk pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke kawasan SSJM yang terputus hubungan dan terpaksa menggunakan bot sebagai alternatif.

Pemasangan jambatan di bawah Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia ini telah bermula pada 12 Mac 2022 lalu di bawah koordinasi Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja (MK RAJD) 2 Divisyen yang melibatkan seramai 5 pegawai dan 64 anggota dari 7 Skn RAJD berpangkalan di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu dengan dibantu oleh 1 Skn RAJD dan 91 Rejimen Bantuan RAJD.

Pada 13 Mac lalu, Mejar Jeneral Dato’ Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima 2 Divisyen telah melakukan lawatan kerja ke tapak pemasangan jambatan tersebut yang turut dibantu oleh Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) - Terengganu dan TNB - TNB Careline Terengganu.

Sumber : Angkatan Tentera Malaysia