Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PORT DICKSON, 11 Mac 2022 - YBhg. Dato Sri Muez Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah menyampaikan amanat dalam Bengkel Blueprint Perumahan 3.0 di Port Dickson.

Blueprint ini dirangka bagi memudahkan penerangan serta membolehkan maklumat-maklumat kediaman mudah difahami khususnya kepada kumpulan sasar.

Tim LTAT dan tim IKRAR hadir bagi membantu mengendali dan menjayakan bengkel pemurnian blueprint perumahan Kementerian Pertahanan bagi tahun 2022 dan disertai Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan ATM yang berlangsung selama 3 hari.

Turut hadir bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad.