Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022
full8

KUALA LUMPUR, 8 MAC 2022 - Cakna dengan keadaan semasa yang berlaku, 37 anak asnaf Veteran ATM terima bantuan persekolahan "Back To School" menerusi Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM (YVATM) dan Dana Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2022. Bantuan persekolahan ini, telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz di Hotel Royale Chulan.

Sejumlah RM500 disalurkan kepada setiap penerima dengan peruntukan sebanyak RM335,500.00. Manakala, seramai 599 penerima asnaf dan 35 penerima dalam kalangan ATM bukan islam akan turut mendapat bantuan bermula pertengahan bulan ini.

Program yang dilaksanakan pada setiap tahun ini merupakan inisiatif JHEV ATM melalui YVATM dan Kempen Tabung Pahlawan bagi meringankan beban sara hidup asnaf Veteran ATM yang kurang berkemampuan selain menggalakkan minat serta semangat anak-anak untuk ke sekolah.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dr. Anis bin Mahmud@Abdul Samad dan Ketua Pengarah JHEV, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad.