Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022
full4

KUALA LUMPUR, 4 Mac 2022- Warga TUDM memberi penghargaan dan penghormatan kepada Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara di Wisma Pertahanan.

Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara diiringi Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta pegawai-pegawai Kanan TUDM.

Panglima Tentera Udara yang ke-19 seterusnya menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang membawa Panji-Panji No 16 Skuadron terdiri daripada empat (4) Pegawai dan 137 anggota Lain-lain Pangkat diketuai oleh Mej Norazman bin Rusli TUDM selaku Ketua Kawalan; Kapt Mohammad Izzudin bin Mohamed Sidek TUDM, Penolong Ketua Kawalan; Kapt Hamdi bin Ahmad Hanafi TUDM, Pegawai Pembawa Panji-panji serta diiringi oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia di bawah pimpinan Kapt Sabri bin Hamil TUDM.

Sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada Jen Tan Sri Ackbal TUDM, warga TUDM melakukan acara tradisi 'send-off' dengan 'street lining'. Jen Tan Sri Ackbal diiringi dengan bacaan doa yang diketuai oleh PS1 Agama KAGAT MTU, Lt Kol Salahuddin bin Shafiee mendoakan kesejahteraan, keafiatan,kecemerlangan serta kebahagiaan dunia dan akhirat sebelum beliau kemudiannya menaiki kenderaan ZU 1, melalui kawalan kuarter di Balai Pengawal KEMENTAH dan meninggalkan Wisma Pertahanan.

Seluruh warga TUDM menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan selama 42 tahun menabur jasa kepada negara sehingga ke jawatan terakhir sebagai Panglima Tentera Udara yang ke-19. Terima kasih Panglima!

Kredit : Tentera Udara Diraja Malaysia